Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    JPM hargai jasa pesara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Seramai 173 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah bersara bagi 2022, telah diraikan dan dihargai dalam majlis penyampaian sijil persaraan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan JPM, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Dalam ucapan penghargaan yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin berkata majlis itu adalah sebagai tanda pengiktirafan dan ingatan baik terhadap sumbangan dan jasa bakti para pesara kepada perkembangan dan kemajuan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Beliau percaya komitmen, kerja keras serta semangat mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan telah memberikan kesan positif kepada organisasi, rakan sekerja dan yang lebih penting kepada orang ramai yang mendapatkan perkhidmatan.

    Awang Ajman seterusnya berkata bahawa persaraan bukanlah titik noktah bagi mereka untuk terus menaburkan bakti kepada bangsa dan negara.

    Dengan berbekalkan kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang diperolehi semasa berkhidmat dengan kerajaan dalam perkhidmatan awam, beliau berharap dan penuh percaya mereka akan terus aktif memberikan sumbangan berharga kepada masyarakat melalui pelbagai platform antaranya dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada golongan-golongan tertentu seperti para belia, menjadi sukarelawan dalam mana-mana program di peringkat akar umbi dan seumpamanya, dalam terus mendokong dasar dan strategi kerajaan yang menyumbang kepada merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

    Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian sijil dan cenderahati kepada pesara-pesara yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi.

    ATAS & BAWAH : Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan sijil persaraan dan cenderamata kepada para pesara yang diraikan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para jemputan yang menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...