Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejadian tanah jerlus disebabkan faktor geografi

    KUCHING, 25 OGOS – Kejadian tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur disebabkan oleh faktor geografi dan struktur tanah kawasan tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Beliau berkata struktur tanah berbatu kapur yang terdapat di kawasan itu, mempenga-
    ruhi pergerakan air bawah tanah selain menyebabkan tanah menjadi tidak stabil dan akhirnya mengakibatkan tanah jerlus.

    “Kadang-kadang kita tidak boleh menyangka bila dan di mana tanah jerlus ini akan berlaku.

    “Bukan sahaja di Malaysia, tetapi fenomena ini juga berlaku di seluruh dunia, terutama di kawasan yang mempunyai batu kapur dan keadaan geologi tertentu,” katanya selepas majlis Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja, hari ini.

    Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata dengan adanya teknologi yang canggih pada masa akan datang, beliau berharap kejadian tersebut dapat dikurangkan dan langkah pencegahan awal dapat diambil. 

    “Kita tidak boleh meramalkan dengan tepat bila tanah jelus akan berlaku, dengan pengetahuan dan teknologi yang betul, kita boleh mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi komuniti dan mengurangkan kesan daripada kejadian ini,” katanya.

    Pada kejadian pagi Jumaat, seorang mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India. – Bernama

    Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) melakukan kerja-kerja pembersihan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pagi ini selepas ditangguhkan pada 7 malam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda