Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kemboja anjur acara membajak diraja

    KAMPONG THOM, KEMBOJA, 8 MEI – Kemboja hari ini meraikan acara tradisi membajak diraja selepas empat tahun ketiadaannya akibat pandemik COVID.

    Majlis itu menandakan permulaan musim pertanian tahunan dan lembu jantan diraja digunakan untuk membajak dan meramalkan tuaian hasil pertanian serta cuaca dalam setahun.

    Raja Kemboja, Norodom Sihamoni menghadiri acara penuh istiadat itu di tengah wilayah Kampong Thom di daerah Kampong Svay, menarik ribuan pengunjung tempatan.

    Pada acara itu, Raja Sihamoni melantik Gabenor Wilayah Kampong Thom, Nguon Ratanak sebagai raja majlis membajak dan isterinya, Hong Phanny sebagai ratu majlis menanam benih.

    Raja yang dilantik membajak sawah padi menggunakan lembu diraja manakala ratu menanam benih di atas tanah yang dibajak sebagai simbol penanaman.

    Selepas tiga kali bajakan di seluruh ladang, lembu ditawarkan dengan tujuh pinggan makanan terdiri daripada beras, jagung, kacang hijau, bijan, air, rumput baru dipotong dan wain. – Xinhua

    Lembu diraja makan daripada pinggan makanan yang ditawarkan pada acara itu. –Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...