Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Keputusan TPK siri BBG diumumkan hari ini

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Keputusan Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga dan empat angka siri BBG melalui Click-and-Bid akan diumumkan esok melalui laman sesawang Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) di www.jpd.gov.bn dan www.nomborku.gov.bn.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPD, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), di sini, semua penender yang telah mengikuti tawaran tertutup TPK sama ada berjaya atau sebaliknya juga akan menerima e-mel mengenai keputusan tawaran tersebut melalui e-mel yang telah didaftarkan bersama pihak JPD.

    Penender yang berjaya dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat pendaftaran kenderaan di mana mereka dikehendaki menjelaskan keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan TPK atas nama penender sendiri tidak lewat satu bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dikeluarkan.

    Jika penender gagal untuk melunaskan pembayaran dalam tempoh berkenaan, tawaran TPK penender adalah dibatalkan, permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh sebulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dikeluarkan.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa setelah pembayaran berjaya dibuat, sekiranya pemohon belum mendaftarkan TPK dan berhasrat untuk menyimpan TPK, penahanan TPK bolehlah dibuat dengan jumlah bayaran sebanyak $20 bagi tempoh setiap setahun penahanan.

    Gambar Freepik

    Tempoh minimum bagi penahanan adalah setahun dan maksimum 10 tahun mengikut jangka masa yang dipilih bagi setiap TPK, pembayaran TPK berjaya dan penahanan TPK boleh dilaksanakan melalui dalam talian atau di mana-mana kaunter cawangan JPD.

    Jika penender ingin menyerahkan TPK berkenaan, pensyaratan perkhidmatan serah adalah penender dikehendaki membuat bayaran perkhidmatan serah berjumlah $5, TPK hanya boleh diserahkan selepas tempoh 12 bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dan TPK boleh diserahkan kurang dari 12 bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dengan syarat TPK berkenaan telah digunakan (didaftarkan) atas nama pemilik TPK.

    Penender yang gagal untuk membayar harga tawaran TPK yang ditawarkan akan disenaraihitamkan daripada menyertai tawaran tertutup bagi tempoh setahun dan TPK berkenaan akan ditawarkan semula.

    JPD mengucapkan tahniah kepada penender-penender yang berjaya dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penender atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

    Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui WhatsApp di talian 7181641 atau melalui e-mel info.ltd@jpd.gov.bn. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...