Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan operasi LG Electronics susut pada suku ketiga

    SEOUL, 9 OKT – Gergasi teknologi Korea Selatan, LG Electronics, mencatatkan penurunan keuntungan operasi dua digit pada suku ketiga berikutan kos logistik dan pemasaran yang lebih tinggi, kata syarikat itu kelmarin, lapor Xinhua.

    Keuntungan operasi awal turun 20.9 peratus daripada setahun sebelumnya kepada AS$556.8 juta dalam tempoh Julai-September, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sekitar AS$719.1 juta.

    Pengurangan dua digit itu disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pemasaran dan kenaikan kadar tambang laut.

    Pendapatan awal meningkat 10.7 peratus kepada AS$16.4 bilion dalam suku yang sama, meneruskan pertumbuhan untuk empat suku berturut-turut.

    Peningkatan pendapatan itu dikaitkan dengan usaha syarikat untuk menaik taraf portfolio perniagaan melalui perubahan dalam model perniagaan dan pengukuhan operasi perniagaan-ke-perniagaan.

    Pendapatan bersih dan butiran terperinci bagi setiap unit perniagaan akan diumumkan akhir bulan ini. – Bernama

    Pengunjung melawat kawasan pameran LG di Pameran Elektronik Pengguna 2024 (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat, pada 9 Januari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda