Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Kerugian ITA Airways menurun

    MILAN, 28 MAC – ITA Airways, pengganti Alitalia, Itali, yang mana Lufthansa mempunyai kepentingan, berkata kelmarin ia telah mengurangkan kerugian bersihnya secara mendadak pada 2023 dan mencatat keuntungan operasi.
     
    Syarikat penerbangan baharu itu, yang diwujudkan pada Oktober 2021 daripada bekas syarikat sebelumnya yang dibebani hutang, mencatatkan kerugian bersih tahun penuh sebanyak lima juta euro (AS$5.41 juta), turun daripada kerugian 486 juta euro pada 2022.
     
    Pendapatan ITA Airways meningkat sebanyak 58 peratus kepada 2.4 bilion euro, kata syarikat itu, dengan jumlah penumpang meningkat 47 peratus pada 2022 kepada 14.8 juta. Pendapatan operasi kasar ITA, yang biasanya dirujuk sebagai Ebitda, berjumlah 70 juta euro, berbanding kerugian 477 juta pada 2022, dengan syarikat itu keluar daripada keadaan debit setahun lebih awal daripada jadual yang ditetapkan dalam pelan strategiknya.
     
    Kumpulan itu berkata ITA Airways akan melayani 57 destinasi pada musim panas ini dan menerusi ketibaan 26 pesawat baharu, menyasarkan untuk memiliki 96 pesawat menjelang akhir tahun ini.
     
    Lufthansa tahun lepas bersetuju membayar 325 juta euro untuk 41 peratus kepentingan dalam ITA, di mana kementerian kewangan Itali turut menyumbang 250 juta euro sebagai sebahagian daripada peningkatan modal. Perjanjian itu memberikan syarikat Jerman itu pelbagai pilihan untuk meningkatkan pegangannya atau memperoleh ITA Airways secara langsung di kemudian hari.
     
    Itali telah bertahun-tahun mencari pembeli untuk pendahulunya, Alitalia, yang diletakkan di bawah pentadbiran awam pada 2017.
     
    Tetapi perjanjian Lufthansa-ITA ditangguhkan sementara menunggu lampu hijau daripada Suruhanjaya Eropah, yang telah menimbulkan kebimbangan persaingan. Ia dijangka membuat keputusan pada 6 Jun. – AFP
     
    Gambar fail menunjukkan logo syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, tegak berdiri di samping pesawat Lufthansa lain di lapangan terbang di Frankfurt am Main, barat Jerman pada 7 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...