Tuesday, October 29, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan syarikat industri besar China cecah RMB5 trilion

    BEIJING, 28 OKT – Keuntungan syarikat industri berskala besar di China mencecah RMB5 trilion (RM3 trilion) dalam sembilan bulan pertama tahun ini, menurut statistik terkini yang diumumkan Biro Statistik Negara (NBS) China, kelmarin.

    Sektor baharu yang diwakili industri pembuatan berteknologi tinggi mencatat peningkatan keuntungan yang lebih pesat, sekali gus memperlihatkan ketahanan ekonomi industri negara Tembok Besar itu.

    Menurut statistik, pelaburan dalam industri berteknologi tinggi meningkat 10 peratus dalam tiga suku pertama 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sementara pembangunan kuasa produktif kualiti baharu semakin diperkukuh, dan industri pembuatan berkembang ke arah lebih pintar, lebih hijau dan berkualiti tinggi.

    Ini sekali gus memberikan sokongan penting untuk keuntungan syarikat industri berskala besar di negara tersebut. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda