Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan rekod 11 kes mpox

    SEJONG, 26 OGOS – Sebanyak 11 kes mpox dilaporkan di Korea Selatan setakat ini, namun semua kes merupakan varian Clade II yang kurang berbahaya, lapor agensi berita Yonhap memetik pihak berkuasa kesihatan.

    Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) hari ini memaklumkan bahawa pihaknya mempertingkatkan saringan di sempadan untuk menghadapi kemungkinan kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya.

    Korea Selatan melaporkan 151 kes mpox pada tahun lalu.

    Kebanyakan pesakit adalah lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun di kawasan metropolitan Seoul.

    “Memandangkan mpox adalah penyakit yang boleh dicegah dan dirawat, kami percaya bahawa wabak ini boleh dikendalikan dengan stabil di bawah sistem semasa,” menurut KDCA.

    Awal bulan ini, KDCA memutuskan untuk menetapkan semula mpox sebagai penyakit berjangkit yang tertakluk kepada pemeriksaan sempadan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda