Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labuan bergelap akibat gangguan elektrik

    LABUAN, 2 APRIL – Beberapa kawasan di Labuan bergelap hampir 18 jam bermula jam 4 petang semalam berikutan gangguan bekalan elektrik yang tidak berjadual.

    Antara terjejas ialah Jalan Bunga Dahlia menyebabkan premis perniagaan di kawasan itu termasuk hotel, restoran dan kedai terpaksa menghentikan operasi.

    Turut terjejas ialah perniagaan yang bergantung terhadap simpanan sejuk beku seperti di pelabuhan kontena Labuan, sekali gus menyebabkan pemilik kontena sejuk beku gusar akan kerugian barangan sejuk beku mereka.

    Sementara itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Labuan yang dihubungi memaklumkan gangguan bekalan elektrik berkenaan berpunca daripada kerosakan pada kabel utama dan sedang dibaiki. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda