Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Kritik junta, rapper Myanmar diberkas

    YANGON, 29 MEI – Penyanyi rap terkenal di Myanmar yang mengkritik junta atas gangguan bekalan tenaga besar-besaran, telah ditangkap kerana ‘menyebarkan propaganda,’ kata tentera, penahanan terbaharu dalam satu tindakan keras ke atas penentangnya.

    Byu Har menyiarkan video di Facebook yang diikuti ratusan juta pengikutnya pada Selasa, mengecam junta kerana gangguan bekalan elektrik yang melanda Myanmar dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini.

    Dia mempersendakan pemimpin junta, Min Aung Hlaing dan mengatakan bekalan kuasa telah diuruskan dengan baik di bawah pemerintahan kerajaan yang disingkirkan, pimpinan Aung San Suu Kyi.

    Byu har diberkas kerana ‘menghasut dengan tujuan menggugat keamanan dan kestabilan negara serta tindakan menyebarkan propaganda,’ menurut pasukan informasi tentera dalam satu kenyataan kelmarin.

    Ia bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut sama ada Byu telah didakwa atau di mana dia ditahan.

    Byu Har merupakan anak komposer terkenal Naing Myanmar yang lagunya, Kabar Ma Kyay Buu dinyanyikan secara meluas pada protes terhadap tentera dalam rampasan kuasa Februari 2021.

    Byu Har sering menyiarkan video lagu tanpa baju separas dada dan memetik gitar.

    Gangguan bekalan eletrik merupakan sesuatu yang lazim di Myanmar disebabkan grid elektrik yang berkeriang-keriut dan lapuk, dengan permintaan sering kali membebani bekalan semasa bulan-bulan panas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...