Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 300 ditahan berkaitan kes kontroversi GISB

    KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Polis Malaysia berkata mereka telah menahan ratusan suspek sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kes penderaan kanak-kanak di rumah penjagaan yang dikendalikan oleh sebuah konglomerat Islam.

    Dalam apa yang dipercayai sebagai kes terburuk seumpamanya yang melanda negara itu dalam beberapa dekad, polis kelmarin berkata mereka telah menahan 355 orang, termasuk guru pengajian agama dan penjaga, serta menyelamatkan lebih 400 kanak-kanak.

    Fokus penyiasatan ini ialah kumpulan Global Ikhwan Service and Business (GISB), yang telah lama menjadi kontroversi kerana kaitannya dengan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan.

    Polis berkata mereka telah menahan ketua GISB, Nasiruddin Ali, bersama 30 ahli kumpulan yang lain selepas melakukan serbuan di beberapa premis, termasuk rumah kebajikan, perniagaan dan sekolah agama.

    Pada Selasa lalu, Ketua Polis Malaysia, Razarudin Husain, berkata pihak berkuasa telah membekukan 96 akaun yang dikaitkan dengan kumpulan itu yang mengandungi kira-kira AS$124,000 dan menyita lapan kenderaan.

    GISB pada mulanya menafikan dakwaan tersebut, menegaskan bahawa mereka tidak mengendalikan rumah jagaan yang diserbu di Selangor dan Negeri Sembilan.

    Namun, dalam video yang dimuat naik ke laman Facebook syarikat itu minggu lalu, ketua eksekutif Nasiruddin mengakui ‘satu atau dua kes liwat’ berlaku di pusat perlindungan tersebut, sambil menafikan dakwaan penderaan yang meluas. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda