Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki jadi sasaran cedera ditembak

    SYDNEY, 12 APRIL – Polis memburu suspek pesalah selepas insiden tembakan mencederakan seorang lelaki di Melbourne.

    Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke sebuah bangunan kediaman di Jalan Maidstone di Ringwood, berikutan laporan bahawa seorang lelaki telah cedera dalam insiden tembakan kira-kira jam 3:10 pagi hari ini.

    Seorang lelaki berusia 27 tahun telah dibawa ke hospital dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa, manakala seorang lagi lelaki melarikan diri tanpa cedera dari situ.

    Menurut kenyataan polis, dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai memasuki kediaman itu dan melepaskan senjata api sebelum segera melarikan diri dari tempat kejadian.

    Keadaan sebenar tembakan masih belum dapat ditentukan, bagaimanapun, penyiasat menganggapnya sebagai serangan yang disasarkan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda