Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Perancis berjaya pikat hati Nikki Palikat

    Penyanyi asal Malaysia iaitu Nikki Palikat mendedahkan kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama jejaka dari Perancis yang berusia 43 tahun.

    Nikki atau Nicolette Louise Palikat, 39, berkata dia berkenalan dengan jejaka yang bekerja sebagai pengamal perubatan alternatif itu selepas menerima rawatan kiropraktik daripada jejaka itu.

    “Sudah hampir dua tahun kami mengenali antara satu sama lain dan saya boleh cakap sekarang kami dalam perhubungan serius.

    “Jujurnya, saya gembira dengan hubungan ini. Dia juga seorang pengamal perubatan kiropraktik dan saya pernah menjadi pesakitnya.

    “Dari situ, kami mula kenal dan rapat,” katanya kepada BH Online.

    Anak Nikki turut merestui hubungannya dengan lelaki Perancis. – Beritaharian.sg

    Berikutan itu, Nikki pernah berkahwin dengan komposer Audi Mok, berkata dia tidak menolak kembali mendirikan rumah tangga.

    “Saya sememangnya tak menolak kembali berkahwin. Saya mahukan anak lagi sekiranya ada rezeki. Dalam setiap apa yang dilakukan saya mahu yang terbaik,” katanya.

    Nikki yang juga naib juara program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu mengakui, anaknya turut menerima baik teman lelakinya dan terbuka menerima jejaka itu dalam hidup mereka.

    “Anak saya sudah masuk usia remaja dan faham dengan situasi perpisahan ibu bapanya.

    Saya sudah jelaskan mengenai hubungan kami dan anak terima dengan baik,” katanya.

    Dedah Nikki, dia juga sudah mula mengikuti kelas bahasa Perancis supaya dapat menambah baik komunikasinya bersama jejaka berkenaan.

    “Saya ada juga ambil kelas bahasa Perancis supaya lebih senang kami berkomunikasi. Dia juga sepatutnya ambil kelas bahasa Melayu, tapi masih belum ada kesempatan,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda