Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Asia paling banyak dilanda bencana iklim

    GENEVA, 23 APRIL – Asia merupakan rantau paling banyak dilanda bencana di dunia daripada risiko iklim dan cuaca pada 2023, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, dengan banjir dan ribut menjadi punca utama kematian dan kerugian ekonomi.

    Suhu global mencecah paras tertinggi tahun lepas, dan agensi cuaca dan iklim PBB berkata Asia menjadi panas pada kadar yang amat pantas.

    Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) berkata impak gelombang haba di Asia telah menjadi semakin teruk, dengan pencairan glasier mengancam keselamatan air rantau itu pada masa hadapan.

    WMO berkata Asia menjadi panas lebih cepat daripada purata global, dengan suhu tahun lepas hampir dua darjah Celsius lebih tinggi purata 1961 hingga 1990.

    “Kesimpulan laporan itu membimbangkan,” kata ketua WMO, Celeste Saulo, dalam satu kenyataan.

    “Banyak negara di rantau ini mengalami tahun terpanas dalam rekod pada 2023, bersama dengan keadaan yang melampau, daripada kemarau dan gelombang panas kepada banjir dan ribut.

    “Perubahan iklim memburukkan lagi kekerapan dan peristiwa teruk sedemikian, memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat, ekonomi, kehidupan manusia dan persekitaran tempat kita tinggal.”

    Laporan Keadaan Iklim di Asia 2023 menunjukkan kadar kepesatan petunjuk perubahan iklim utama seperti suhu permukaan, penurunan glasier dan kenaikan paras laut, berkata ia akan memberi kesan serius kepada masyarakat, ekonomi dan ekosistem di rantau ini.

    “Asia kekal sebagai rantau paling banyak dilanda bencana di dunia daripada ancaman cuaca, iklim dan air pada 2023,” kata WMO. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...