Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Jepun akan bertanding dalam pemilihan presiden LDP

    TOKYO, 26 OGOS – Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa kelmarin mengesahkan bahawa beliau menerima lebih 20 sokongan ahli parlimen untuk bertanding dalam pemilihan presiden pada 27 September bagi memilih pengganti Perdana Menteri, Fumio Kishida.

    Pada usia 71 tahun, Kamikawa dilihat sebagai pesaing utama untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun, selepas dilantik sebagai diplomat tertinggi negara itu pada September 2023, lapor agensi berita Kyodo.

    Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi dilaporkan berminat untuk menyertai pemilihan itu.

    Sumber yang rapat dengannya mencadangkan bahawa beliau mungkin akan mengumumkan pencalonannya seawal Selasa. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda