Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Batu Marang anjur bola sepak 7 sepasukan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Batu Marang baru-baru ini telah mengadakan kejohanan bola sepak 7 orang sepasukan di Padang Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Kampung Mentiri.

    Hadir bagi merasmikan kejohanan dan acara penyampaian hadiah ialah Awang Hamidoon bin A. Mohd Daud, Ketua Kampung STKRJ Kampung Sungai Buloh / Pemangku Penghulu Mukim Mentiri.

    Sebanyak 10 buah pasukan menyertai kejohanan yang hanya dibuka kepada individu yang tinggal dan berasal dari Kampung Batu Marang sendiri. Nama-nama pasukan yang bertanding ialah Sampariding, Sumpit-Sumpit. Pila-Pila, Ungah, Kambing-Kambing, Kembura, Sembilang Lumut, Uji Rashid, Gumbir dan Badukang.

    Pasukan Uji Rashid telah menjuarai kejohanan ini dengan membawa pulang Piala, Pingat dan juga barang kegunaan dapur manakala naib juara disandang oleh pasukan Ungah.

    Sementara pasukan Sembilang Lumut berada di tempat ketiga dan pasukan Kambura menduduki di tempat keempat.

    Menurut setiausaha kejohanan, Mohammad Fazrul Ezwan bin A. Jamudin berkata tujuan kejohanan ini dibuat ialah sebagai aktiviti tahunan dan mengeratkan ukhuwah di antara penduduk kampung yang terdiri daripada veteran dan belia. Kejohanan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan hari belia bagi tahun ini.

    Gambar ramai para pemain yang menyertai kejohanan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda