Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musk siar kenyataan sinis susulan penahanan Durov

    MOSCOW, 25 OGOS – Selepas pengasas Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis, usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk dengan nada sinis meramalkan bahawa menjelang 2030, Eropah mungkin akan mula melaksanakan hukuman berat terhadap individu yang menyukai imej humor (meme) di Internet.

    “POV: Tahun 2030 di Eropah dan awda dihukum berat kerana menyukai meme,” kata Musk di X, ketika mengulas mengenai laporan penahanan Durov, lapor agensi berita Rusia (Sputnik).

    Dalam satu hantaran berasingan, Musk secara ironis berkata penahanan Durov adalah satu ‘tindakan yang meyakinkan’ untuk Pindaan Pertama Perlembagaan AS, yang menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh mencabuli kebebasan bersuara.

    Sebelum ini, media Perancis melaporkan bahawa Durov ditahan di lapangan terbang Le Bourget, yang terletak di pinggir Paris.

    Durov, yang mempunyai kewarga-negaraan Perancis disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Perancis. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda