Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Nad, Ungku Ismail nikah 23 Januari

    Pasangan selebriti popular, Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal (gambar) sah bergelar suami isteri pada 23 Januari lalu.

    Menerusi hantaran dalam Instagram, Nad mengesahkan kini bergelar isteri apabila memuat naik naik gambar bersama Ungku Ismail ketika majlis pernikahan berserta bukti mas kahwin berjumlah RM1,000. “Alhamdulillah,” tulis Nad dengan ringkas.

    Nad menyertakan tiga keping gambar termasuk gambar hantaran mas kahwin berbentuk emas RM1,000 yang ditulis atas namanya dan Ungku Ismail serta tarikh pernikahan pada 23 Januari lalu.

    Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah atas perkahwinan itu.

    “Alhamdulillah tahniah Nanad,” tulis pelakon dan pengacara Elly Mazlein.

    Nad dan Ungku Ismail kini bergelar suami isteri apabila berkahwin pada 23 Januari lalu. – Agensi

    “Selamat berbahagia di dunia akhirat. Amin,” tulis pelakon Nur Fazura.

    Congratulations (tahniah), sampai syurga korang (kalian),” tulis pelakon dan pengacara Janna Nick.

    Selain itu, pengesahan turut dibuat oleh pengusaha syarikat busana pengantin yang juga rakan baik Nad menerusi hantaran dalam Instagram.

    Bagaimanapun, perincian mengenai majlis perkahwinan seperti tarikh dan tempat tidak dinyatakan.

    “Diberikan kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan atas tujuh tahun kami bersahabat,” katanya.

    “Beliau (Nad) mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan menyiapkan busana pernikahan dia dan bakal suaminya.

    “Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

    “Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu Nad dan Ungku Ismail.

    “Semoga mahligai perkahwinan dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah,” tulisnya.

    Terdahulu, Nad dan Ungku Ismail memberi bayangan sudah berkahwin apabila memuat naik hantaran video berpimpin tangan berjalan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan dalam Instagram, baru-baru ini. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...