Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Nora cari haluan baharu

    Usia mencecah setengah abad membuatkan Datuk Nora Ariffin segan untuk menyanyi di khalayak ramai.

    Nora mengaku perasaan itu terbit sendiri, bukan dipengaruhi suami, Dr Rushdi Ramli yang juga pensyarah kanan di Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya (UM).

    “Apabila umur makin meningkat, timbul persoalan, sampai bila saya hendak menyanyi?

    “Saya rasa segan, suami tiada masalah pun. Dia faham kerjaya saya. Jadi, sejak itu, saya mula berfikir kena lakukan sesuatu sebagai persediaan masa depan.

    “Bukanlah kata saya tidak akan menyanyi lagi, saya akan terus menyanyi, namun ada batasnya. Bagi saya, asalkan jaga batas dan bagi manfaat kepada orang, semuanya jadi dakwah,” katanya pada majlis pelancaran pes Secukup Rasa – Nora di sini, baru-baru ini.

    Nora yang mula menyanyi sejak berusia 18 tahun menyimpan hasrat mementaskan konsert atau showcase. – mStar

    Nora yang mula menyanyi sejak berusia 18 tahun bagaimanapun menyimpan hasrat mementaskan konsert atau showcase.

    Namun, sehingga kini, nasib belum berpihak kepadanya. Sudah pelbagai usaha dilakukan sejak bersama suami, Allahyarham Johan Nawawi, termasuk memohon dana, namun tidak berhasil.

    “Seronok tengok penyanyi lain buat konsert. Sudah banyak kertas kerja yang saya dan arwah suami buat, tetapi ‘sangkut’ kepada dana untuk membiayai acara.

    “Namun, saya tidak akan henti berdoa. Mana tahu, suatu hari nanti ada pihak sudi anjurkan konsert atau ‘showcase’ saya,” katanya.

    Berkongsi mengenai produk Secukup Rasa, Nora berkata jenama itu sudah wujud sejak 2000 hasil cetusan idea arwah suami. Malah, Nora pernah menghasilkan buku resipi pada 2001.

    Sejak itu, Nora berjinak-jinak menjual biskut raya dan rendang tetapi hanya pada musim perayaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...