Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Jerayawara kongsi manfaat pengeluaran SPK

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa jerayawara mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) akan diadakan pada 18 hingga 20 Disember depan di Dewan Sepakat 4, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Jerayawara dari 9 pagi hingga 4 petang itu diadakan untuk mengongsikan antara salah satu manfaat pengeluaran SPK iaitu membolehkan ahli membuat penamaan pentadbir yang akan mengurus tadbir simpanan SPK ahli setelah ahli meninggal dunia.

    Ia akan mempercepatkan proses pembayaran simpanan ahli SPK kepada waris dan tanggungan.

    Ahli dibolehkan untuk melantik tidak lebih daripada tiga orang penama yang terdiri daripada pasa-ngan (suami atau isteri), anak-anak (berumur 18 tahun ke atas), ibu bapa, adik-beradik atau peguam/peguam syarie.

    Semasa sesi jerayawara itu nanti, ahli-ahli SPK yang berkeinginan bagi melantik pentadbir penama hendaklah memastikan untuk membawa dokumen sokongan asal bagi individu yang akan dilantik seperti sijil nikah (untuk suami atau isteri), salinan surat beranak (untuk anak berumur 18 tahun ke atas), salinan surat beranak ahli (untuk ibu bapa), salinan surat beranak adik-beradik (untuk adik-beradik), salinan sijil anak angkat (untuk anak angkat), salinan dokumen perjanjian antara ahli dan peguam (surat lantikan guaman atau sebanding untuk peguam syarie/peguam).

    Pada sesi itu nanti, ahli-ahli akan diterangkan mengenai proses lengkap serta tanggungjawab yang akan dipikul oleh pentadbir iaitu dipertanggungjawabkan untuk menerima dan mentadbir simpanan SPK ahli yang meninggal dunia menurut hukum syarak atau mengikut wasiat (sekiranya ahli yang meninggal bukan beragama Islam) dan bukan sebagai waris tunggal.

    Bagi kelancaran proses penamaan semasa mengunjungi jerayawara itu nanti, ahli-ahli dinasihatkan untuk berdaftar terlebih dahulu sebagai pengguna portal perkhidmatan dalam talian TAP, e-Amanah di eamanah.tap.com.bn.

    Sehubungan itu, bagi memudahkan urusan ahli yang ingin berkunjung ke jerayawara tersebut, maklumat tambahan boleh didapati melalui laman sesawang TAP atau akaun rasmi media sosial Facebook, Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Instagram, @TAP_Brunei.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...