Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norris juara Grand Prix Belanda

    ZANDVOOER, 26 OGOS – Pelumba McLaren, Lando Norris meraih kemenangan di Grand Prix Belanda dengan pemanduan yang hebat kelmarin untuk menewaskan pemandu tuan rumah, Max Verstappen buat pertama kalinya di hadapan peminat ‘Tentera Oren’ mereka.

    Pemandu Britain itu memperoleh kemenangan kedua dalam kerjayanya selepas menang di Miami pada Mei, merapatkan jurang pendahuluan Verstappen dalam kejohanan dunia kepada 70 mata, dengan pelumba Belanda itu berada di tempat kedua.

    Walaupun mendapat sokongan padu dari penonton di litar Zandvoort yang penuh, Verstappen tidak dapat memberikan prestasi cemerlang dari kereta Red Bull miliknya untuk bersaing dengan McLaren yang dinaik taraf baru-baru ini yang mula kelihatan seperti kereta untuk dikalahkan dalam Formula Satu.

    “Rasanya menakjubkan. Kadar kelajuan kami amat pantas dan kereta itu luar biasa hari ini,” kata Norris, yang turut meraih mata tambahan untuk pusingan terpantas.

    Permulaan perlumbaan adalah kritikal. Timbul persoalan mengenai keupayaan permulaan Norris, yang tiga kali musim ini gagal menukar kedudukan petak pertama kepada pendahuluan pusingan pertama.

    Norris sekali lagi lambat memulakan perlumbaan, membenarkan Verstappen menguasai persaingan di bahagian luar dengan sorakan gemuruh daripada penonton, yang menyaksikan pemandu mereka mengambil kelebihan 0.9 saat memasuki pusingan kedua.

    Didorong oleh permulaan pantas, Verstappen mencatat pusingan terpantas dalam pusingan kedua, memberikan jurang yang besar antaranya dan McLaren dari Norris.

    Tetapi McLaren telah menjadi kereta terpantas di litar sepanjang hujung minggu perlumbaan dan Norris mula mengurangkan kelebihan Verstappen.

    Menjelang pusingan ke-17 daripada 72, Norris hanya ketinggalan beberapa persepuluh saat di belakang Verstappen dan pelumba Belanda itu mengadu di radio pasukannya tentang kekurangan cengkaman pada tayarnya. – AFP

    Reaksi Norris meraikan kemenangan selepas memenangi perlumbaan Grand Prix Belanda Formula Satu di litar lumba Zandvoort, Belanda pada 25 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda