Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paes-Amritraj dilantik menjadi Hall of Fame

    NEW YORK, 21 JULAI – Bekas pemain beregu nombor satu dunia, Leander Paes dan pelakon, penyiar, dan pemain tenis, Vijay Amritraj, menjadi lelaki Asia pertama yang disenaraikan ke Hall of Fame Tenis Antarabangsa, kelmarin.

    Penyenaraian pemain tenis pertama dari India disertai oleh wartawan tenis British dan pengarang, Richard Evans, dalam upacara penghormatan di Hall of Fame di Newport, Rhode Island.

    Paes telah menceritakan tentang pengalaman masa mudanya bermain bola sepak dan hoki sebelum beralih kepada tenis dan akhirnya mengikuti jejak langkah bapanya sebagai kapten hoki sebagai pemenang pingat Olimpik.

    “Ia penghormatan terbesar bagi saya untuk berada di pentas ini bukan sahaja bersama legenda sukan ini yang telah memberi inspirasi kepada saya setiap hari dalam hidup saya, bukan kerana mereka telah memenangi Grand Slam dan membentuk sukan ini tetapi kerana di antara mereka ini telah membentuk dunia yang kita diami,” kata Paes.

    “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan harapan kepada pemain tenis India.”

    Amritraj, 70, bermain dari 1970 hingga bersara pada 1993, memenangi 15 gelaran perseorangan ATP dan dalam 399 perlawanan dan menduduki tempat ke-18 dunia serta membantu India ke pusingan akhir Piala Davis pada 1974 dan 1987.

    “Saya berasa rendah diri dan berbesar hati untuk menyertai kumpulan luar biasa dan eksklusif ini yang telah membawa kegemilangan kepada sukan ini,” kata Amritraj.

    Paes, 51, merupakan juara Grand Slam sebanyak 18 kali dalam acara beregu dan beregu campuran yang dipilih dalam kategori pemain selepas mengasah kemahirannya dalam akademi remaja Amritraj. – AFP

    Paes menjadi pemain pertama dari India yang dilantik ke Hall of Fame Tenis Antarabangsa pada 20 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda