Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Pan Gon gembira dengan kemenangan Harimau Malaya

    ISKANDAR PUTERI, 29 MAC – Ketua jurulatih kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon merasakan pasukannya mempamerkan peningkatan permainan meskipun prestasi belum mencapai tahap yang diharapkan selepas menewaskan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.

    Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun gembira skuad Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri selepas hanya kalah kepada Bahrain 1-2 pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, Jun tahun lepas.

    “Matlamat masih berterusan tetapi saya dapat rasakan peningkatan itu. Saya rasa masih ada ruang untuk penambahbaikan dan ini adalah kenyataan, kami berada pada suatu tahap namun saya gembira kami mengekalkan rentak kemenangan.

    Seingat saya, kami beraksi di halaman sendiri sejak Mac dan hanya tewas kepada Bahrain.

    “Ini kubu kami, jadi sesiapa yang datang kami beri tentangan. Kami akan sedaya upaya untuk menjadikan halaman kami sebagai kubu dan terus melakar kemenangan ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...