Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB bimbang dengan Hizbullah, Israel berbalas serangan

    WASHINGTON, 26 OGOS – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung pertempuran sengit merentasi sempadan antara Israel dan Hizbullah sepanjang malam, menurut kenyataan jurucakapnya kelmarin.

    “Tindakan ini membahayakan nyawa penduduk serta menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan dan kestabilan serantau. Setiausaha Agung menggesa untuk meredakan ketegangan dan menyeru pihak-pihak terlibat segera melaksanakan Resolusi 1701 (2006) serta menghentikan segala bentuk permusuhan,” kata Stephane Dujarric.

    Pejuang Hizbullah melancarkan lebih 320 roket ke arah kedudukan tentera Israel, menurut kenyataan pergerakan Lubnan itu kelmarin.

    Terdahulu, Hizbullah mengumumkan serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di pinggir selatan Beirut yang mengakibatkan kematian komander kanan mereka, Fuad Shukr.

    Peningkatan ketegangan ini berlaku di tengah-tengah serangan besar-besaran Israel di Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 40,300 rakyat Palestin sejak 7 Oktober lalu. – Bernama

    Helikopter Apache terbang melintasi Israel kelmarin. PBB bimbang dengan perang Israel dan Hizbullah. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda