Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Pearly boleh beraksi di Terbuka Denmark

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan disahkan dapat beraksi di Terbuka Denmark 2022 di Odense dari 18 hingga 23 Oktober ini.

    Berita gembira itu disahkan oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky ketika ditanya mengenai status terkini pemain tersebut.

    “Ya (memang Pearly dapat beraksi),” katanya kepada Bernama dalam jawapan ringkas menerusi WhatsApp hari ini.

    Rexy berkata selain Terbuka Denmark pasangan nombor 11 dunia itu akan bersaing dalam Terbuka Perancis 2022 di Paris pada 25 hingga 30 Oktober.

    Pengesahan itu sekali gus membuatkan pasangan Pearly iaitu M. Thinaah terpaksa melupakan sambutan Deepavali yang bakal diraikan pada 24 Okt ini.

    Sebelum ini, peluang gandingan utama negara itu untuk beraksi di kejohanan Eropah agak samar-samar kerana Pearly masih dalam proses pemulihan susulan kecederaan hamstring dialaminya di Terbuka Jepun awal bulan lepas.

    Pada Terbuka Denmark, Pearly-Thinaah akan berdepan pasangan Thailand, Supissara Paewsampran-Puttita Suppajirakul diikuti menentang juara Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada Terbuka Perancis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    April bulan terpanas dalam rekod Hong Kong

    HONG KONG, 2 MEI - Hong Kong merekodkan bulan April adalah paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca bandar itu. Suhu...