Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pendaftaran bagi BYLC ke-4 dibuka

    Oleh Nurdiyanah R

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2023 anjuran Perspective Insan Academy akan kembali diadakan buat kali ke-4 bermula 12 sehingga 14 Jun depan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh akademi tersebut baru-baru ini, konvensyen merupakan sebuah platform yang akan menyatukan para belia dengan agensi-agensi yang berkepentingan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai Wawasan Brunei 2035.

    Ia juga membantu belia untuk bergiat lebih aktif dalam melaksanakan program dan projek yang dapat membantu dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Konvensyen tiga hari yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Brunei (UTB) dibukakan kepada para belia berusia di antara 15 hingga 35 tahun, dan pemimpin belia tidak melebihi 45 tahun yang berminat dan berhasrat untuk berganding bahu dalam pembangunan negara dan mencapai Wawasan Brunei 2035. Pendaftaran telah pun dibukakan dan tarikh tutup ialah pada 28 Mei melalui www.bylconvention.com

    Sepanjang konvensyen tersebut, para pemimpin belia yang hadir akan berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wawasan Brunei 2035, mengikuti forum dan sesi soal jawab bersama mentor yang terpilih, klinik mentor, membina rangkaian kerja, pengurusan projek dan mengikuti aktiviti yang disediakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...