Friday, November 1, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyakit kardiovaskular bunuh 10,000 orang di Eropah

    COPENHAGEN, 15 MEI – Kira-kira 40 peratus kematian di Eropah adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular, menurut kenyataan Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini, dan menggesan penduduk Eropah untuk mengurangkan pengambilan garam.

    Jumlah itu merangkumi 10,000 kematian sehari atau empat juta setahun.

    “Melaksanakan dasar yang disasarkan untuk mengurangkan pengambilan garam sebanyak 25 peratus boleh menyelamatkan anggaran 900,000 nyawa daripada penyakit kardiovaskular menjelang 2030,” kata Hans Kluge, pengarah cawangan WHO Eropah berkata dalam satu kenyataan.

    Di Eropah, satu daripada tiga orang dewasa berumur antara 30 dan 79 tahun mengalami hipertensi, selalunya disebabkan pengambilan garam.

    Manakala 51 daripada 53 negara di rantau Eropah WHO mempunyai purata pengambilan garam harian melebihi had maksimum yang dicadangkan oleh WHO iaitu lima gram atau satu sudu teh, sebahagian besarnya disebabkan oleh makanan yang diproses dan snek. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda