Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Pereka terkenal F1 tinggalkan Red Bull awal 2025

    LONDON, 2 MEI – Pasukan Red Bull kelmarin telah mengesahkan bahawa ketua pegawai teknikalnya yang terkenal, Adrian Newey akan meninggalkan pasukan Formula Satu (F1) pada awal 2025 selepas berkhidmat 19 tahun.

    Dilaporkan secara meluas minggu lalu bahawa pereka berusia 65 tahun, yang dianggap sebagai pereka terhebat dalam sejarah sukan itu, bersedia untuk berhenti berikutan kontroversi yang melibatkan dakwaan terhadap ketua pasukan, Christian Horner.

    Pasukan Red Bull yang berpangkalan di Britain telah memenangi enam gelaran pembina dan tujuh gelaran pemandu, masing-masing dimenangi oleh Sebastian Vettel dan Max Verstappen, dengan kereta rekaan Newey setakat ini.

    Mereka merancang untuk menjadi juara sekali lagi pada tahun 2024, dengan pemandu Belanda, Verstappen, sebagai tenaga dominan dalam sukan itu.

    Ferrari, tidak lama lagi akan disertai oleh Lewis Hamilton, kelihatan menjadi pasukan utrama untuk mendapatkan khidmat Newey.

    Pereka British, ketua arkitek penguasaan Red Bull, bersedia untuk menamatkan perkhidmatannya pada ‘suku pertama’ tahun depan, menurut satu kenyataan daripada pasukan itu. “Sejak saya masih muda, saya mahu menjadi pereka kereta lumba. Impian saya adalah untuk menjadi seorang jurutera dalam F1, dan saya bertuah dapat merealisasikan impian tersebut,” kata Newey.

    “Selama hampir dua dekad ia adalah satu penghormatan besar kepada saya untuk memainkan peranan penting dalam kemajuan Red Bull Racing daripada pendatang baharu kepada pasukan yang memenangi pelbagai gelaran,” ujarnya. – AFP

    Newey semasa tiba untuk sesi latihan pertama di litar perlumbaan Red Bull di Spielberg, Austria, pada 30 Jun 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...