Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Perindustrian semula AS, EU dipercepat

    PARIS, 18 APRIL – Syarikat-syarikat di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk melabur lebih banyak wang untuk membawa pulang industri pembuatan selepas pandemik COVID-19 dan pencerobohan Rusia ke Ukraine mengganggu ekonomi global, menurut satu kajian yang diterbitkan hari ini.

    Laporan oleh firma perunding, Capgemini mendapati bahawa syarikat-syarikat dalam 13 sektor perindustrian di 11 negara di Eropah dan AS merancang untuk melabur AS$3.4 trilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk membawa industri pembuatan pulang atau ke negara berdekatan.

    Jumlah itu meningkat daripada AS$2.4 trilion dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

    “Kepesatan yang dicapai oleh perindustrian semula adalah luar biasa,” kata laporan itu.

    “Memacu perkara ini adalah kepentingan untuk menggalakkan daya tahan dan fleksibiliti rantaian bekalan; meningkatkan ketersediaan dan daya tarikan pekerjaan pembuatan yang terlatih; memenuhi sasaran iklim; mewujudkan semula keselamatan negara dalam sektor strategik, dan mendapatkan kembali kekuatan pembuatan yang pernah dinikmati oleh kuasa-kuasa industri di Eropah dan Amerika Utara,” tambahnya.

    Pandemik telah mengganggu rantaian bekalan global dengan teruk, menyebabkan banyak syarikat ingin mendapatkan semula kawalan yang lebih besar ke atas bahan mentah dan komponen. Pencerobohan Rusia menonjolkan aspek keselamatan negara dalam mengawal bekalan penting dan kapasiti pembuatan yang diperlukan. – AFP

    Ketua-ketua Negara EU dan Kawasan Ekonomi Eropah bergambar bersama untuk menandakan ulang tahun ke-30 Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah, di luar Sidang Kemuncak EU di Brussels pada 22 Mac lalu. Menurut laporan Capgemini, perindustrian semula di AS dan EU semakin meningkat. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...