Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL – China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian antara Palestin’.

    “Wakil Pergerakan Pembebasan Nasional Palestin dan Pergerakan Penentangan Islam baru-baru ini datang ke Beijing,” kata jurucakap Kementerian Luar, Lin Jian, merujuk kepada kedua- dua kumpulan itu dengan nama rasmi mereka.

    “Kedua-dua pihak menyatakan sepe-nuhnya kehendak politik mereka untuk mencapai perdamaian melalui dialog dan perundingan, membincangkan banyak isu khusus serta mencapai kemajuan positif,” tambahnya.

    Gerakan Islam Hamas menguasai Semenanjung Gaza pada 2007 selepas pertempuran sengit dengan pesaingnya di Fatah, yang mengekalkan sebahagian kawalan pentadbiran di Tebing Barat yang diduduki Israel melalui Pihak Berkuasa Palestin.

    China dari segi sejarah bersimpati dengan perjuangan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara untuk konflik Israel-Palestin selain menyeru gencatan senjata segera sejak perang Israel-Hamas bermula pada Oktober lalu.

    Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan proses dialog ini dengan tujuan mencapai perpaduan Palestin pada tarikh yang lebih awal.

    Satu demonstrasi pro-Palestin di Universiti Amerika Beirut (AUB) oleh pelajar –pelajar pada 30 Mei 2024. Kumpulan Hamas dan Fatah bakal berbincang di Beijing menurut kenyataan dari China. – AFP

    “Kedua-dua pihak amat menghargai sokongan padu China untuk tujuan memulihkan hak rakyat Palestin yang sah,” kata Lin tanpa mengenal pasti wakil dari Hamas dan Fatah yang bertemu di Beijing.

    Presiden China, Xi Jinping pernah menggesa ‘persidangan keamanan antarabangsa’ diadakan untuk menyelesaikan pertempuran. Pada November lalu, Beijing menjadi tuan rumah delegasi diplomat negara Arab di mana Menteri Luar, Wang Yi mengingatkan ‘bencana kemanusiaan sedang berlaku di Gaza. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...