Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Anak damit maut disyaki akibat didera, 4 individu ditahan

    JOHOR BAHRU, 1 MEI – Polis menahan empat individu di sekitar Johor Bahru, Malaysia, yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang anak damit perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lepas.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata empat individu yang berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Johor Bahru pada pukul 10 malam, Khamis.

    Beliau berkata Rabu lepas polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari HSA berhubung seorang anak damit perempuan warga asing yang ketika itu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), disyaki akibat didera.

    “Anak damit itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 3:50 pagi keesokkan harinya, dan hasil bedah siasat mendapati wujud elemen jenayah dalam punca kematian anak damit itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Balveer berkata dua daripada yang ditahan ialah pengasuh anak damit berkenaan iaitu pasangan suami isteri warga tempatan, dan polis masih berusaha mengesan ibu kepada anak damit itu yang merupakan warga Vietnam.

    “Kesemua yang ditahan direman selama enam hari bermula Jumaat lepas. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...