Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Saintis pertama terbit virus COVID-19 lancar mogok di China

    SHANGHAI, 30 APRIL – Saintis pertama yang menerbitkan jujukan virus COVID-19 di China melancarkan mogok selepas pihak berkuasa menyekatnya daripada bekerja di makmalnya.

    Pakar Virologi, Zhang Yongzhen menulis dalam talian kelmarin dia dan pasukannya dimaklumkan bahawa mereka diusir dari makmal mereka secara tiba-tiba. Tindakan itu menunjukkan bagaimana kerajaan China terus menekan dan mengawal saintis dalam usaha untuk mengelak pengendaliannya dalam wabak koronavirus dipantau.

    Zhang menulis hantaran itu di platform media sosial China, Weibo namun dipadam selepas itu.

    Sebagai protes, Zhang telah duduk di luar makmalnya sejak Ahad walaupun hujan lebat. – AP

    Pakar Virologi Zhang Yongzhen, saintis pertama yang menerbitkan urutan virus COVID-19, mengadakan protes selepas pihak berkuasa menguncinya keluar dari makmalnya seperti dalam tulisan dalam talian pada 29 April 2024.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...