Friday, May 17, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Pertandingan boling erat hubungan antara alumni

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan bekas penuntut XBPS dan XSOASC, Kumpulan Kelab Sukan Boling bekas penuntut tersebut, hari ini, telah mengadakan Pertandingan Fun & Friendly Ten Pin Bowling kali kelima.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang berlangsung di Utama Bowling Centre, Batu Satu, ialah Pengarah Belia dan Sukan, Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim.

    Kumpulan Kelab Sukan Boling bagi bekas penuntut XBPS dan XSOASC ini mula ditubuhkan pada awal tahun 2019 dan telah berjaya menganjurkan beberapa siri pertandingan.

    Peserta pertandingan ini terdiri daripada bekas penuntut dari tahun 1980 hingga 1985. Terdapat lima orang peserta yang telah berumur 60 tahun ke atas tetapi masih terus bergiat aktif dalam sukan ini.

    Salah seorang bekas penuntut XBPS dan XSOASC menerima hadiah daripada Pengarah Belia dan Sukan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...