Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Filipina buru pembunuh pelancong New Zealand

    MANILA, FILIPINA, 22 FEB – Pemburuan polis Filipina sedang dijalankan hari ini bagi dua lelaki penunggang motosikal yang menembak dan membunuh seorang lelaki New Zealand dalam rompakan jalanan yang dikhuatiri pegawai boleh menakutkan pelancong
    asing.

    Pelancong berusia 34 tahun, Nicholas Peter Stacey, maut ditembak sekali di dada ketika cuba merampas pistol daripada salah seorang daripada dua perompak yang menahannya dan teman wanita Filipina pada Ahad di jalan pinggir bandar di daerah kewangan Makati Manila, pegawai polis Mejar Jeneral Jonnel Estomo berkata.

    “Kami dengan kesal melaporkan kejadian ini dan menyampaikan simpati kami kepada keluarga yang berduka,” kata Estomo dalam satu kenyataan, sambil menambah beliau telah mengarahkan polis untuk melakukan sedaya upaya sehingga pesalah dibawa ke penjara dan didakwa.

    Walaupun beliau menyifatkan rompakan jalanan yang membawa maut itu sebagai “kejadian terpencil,” Estomo mengakui ia berpotensi menakutkan pelancong asing.

    Rondaan polis akan dipertingkatkan untuk mengelakkan kejadian berulang, kata Estomo, yang mengetuai polis Metropolitan Manila. – AP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Awam, Pejabat Polis Rantau Ibu Negara Nasional menunjukkan para penyiasat di lokasi di mana Nicholas Peter Stacey ditembak oleh suspek perompak di Makati, Filipina pada 19 Februari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda