Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Polis lepas lima das tembakan amaran kereta lari sekatan

    BALING, 15 APRIL – Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran terhadap sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki dan tiga wanita dalam kejadian di Kuala Pegang, di sini awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shamsudin Mamat berkata tiga wanita dan seorang lelaki ditahan sejurus selepas kereta itu terbabas di atas Jambatan Kuala Pegang di sini, manakala seorang lagi suspek ditahan pada pukul 3 petang tadi Gerik.

    Beliau berkata sebelum itu Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak menerima maklumat daripada anggota bertugas di sekatan jalan raya di Sungai Lebey, Gerik pada 4 pagi yang memaklumkan sebuah kereta jenis Proton Perdana dalam keadaan mencurigakan dan memecut laju ketika melalui sekatan polis.

    Peronda MPV Gerik yang membuat Op Kesan di kawasan sekitar kemudiannya mengesan kenderaan suspek di sebuah stesen minyak di Kuala Rui, Gerik, dan semasa didekati kenderaan itu terus memecut laju, menyebabkan polis mengejarnya sehingga masuk ke sempadan Baling, Kedah.

    “Kenderaan dipandu suspek membahayakan nyawa pengguna jalan raya dari arah bertentangan dan bagi mengelakkan kenderaan suspek melanggar kenderaan lain, anggota kenderaan peronda MPV Gerik telah memberi amaran melalui alat perhubungan ‘spectra’ sebanyak tiga kali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    Gambar oleh IPD Baling menunjukkan kenderaan suspek yang berjaya ditahan oleh polis. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...