Monday, September 23, 2024
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTET anjur majlis khatam

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) melalui Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Remaja (MPP/PRR) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) PTET serta Jabatan Pengajian Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Pelajar-pelajar Enam Atas PTET Sesi 2023/2024 yang berlangsung di Dewan Serba Guna, PTET pada 19 September lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Haji Mohamad@Mohamat.

    Turut hadir ialah Pengerusi PIBG PTET Sesi 2022/2024, Haji Roslan bin Datu Hulubalang Haji Abdul Wahab; Pengetua PTET, Awang Muhd Shahnofazli bin Haji Sabli; Timbalan Pengetua Pentadbiran PTET, Haji Azrin bin Haji Bolhassan dan Timbalan Pengetua Akademik PTET, Koo Keung Eng.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dengan Doa Khatam dibaca oleh Awang Muhammad Walid Wathiq bin Awang Kharol Azmi dari kelas U6-6 dengan Dikir Marhaban memeriahkan lagi majlis tersebut.

    Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan acara penyampaian sijil serta pengagihan bunga telur kepada semua yang hadir, sebelum diakhiri dengan Doa Selamat.

    Awang Julaihi bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PTET
    Antara pelajar yang diraikan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PTET
    GAMBAR SERAHAN PTET
    GAMBAR SERAHAN PTET

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda