Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Ratusan berkabung selepas kematian daria dalam letupan

    MOSCOW, 23 OGOS – Rusia berikrar akan memastikan pembunuh Daria Dugina iaitu anak perempuan seorang intelektual ultranasionalis, bertanggungjawab ketika ratusan orang berkumpul untuk pengebumiannya berikutan kematiannya dalam letupan bom kereta pada hujung minggu.

    “Saya menganggap bahawa jenayah ini amat kejam yang tidak ada pengampunan,” kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov kepada wartawan serta memberi amaran tiada belas kasihan bagi mereka yang bertanggungjawab.

    Alexander Dugin merupakan penyokong lantang terhadap kempen ketenteraan Kremlin yang mendakwa rapat dengan Presiden Vladimir Putin serta berkemungkinan menjadi sasaran sebenar serangan yang membunuh anak perempuannya berusia 29 tahun.

    Orang ramai – membawa bunga – memberikan penghormatan terakhir di sebuah dewan di Moscow.

    Dugin dan isterinya, kedua-duanya berpakaian hitam, duduk di sebelah keranda anak perempuan mereka.

    Alexander Dugin menghadiri majlis perpisahan terakhir untuk anak perempuannya Daria Dugina di Moscow, Rusia. – AP

    “Dia meninggal dunia demi rakyat, demi Rusia, di barisan hadapan,” kata Dugin semasa acara tersebut.

    Sementara itu, Presiden Rusia, Putin kelmarin telah menghantar surat takziah kepada Dugin dan isterinya serta mengecam pembunuhan kejam dan khianat.

    Putin mengatakan bahawa Dugina jujur berkhidmat kepada orang ramai dan tanah air, membuktikan apa ertinya menjadi pahlawan kebangsaan Rusia dengan perbuatannya.

    Putin dalam pada itu menganugerahkan Dugina Order of Courage, salah satu pingat tertinggi Rusia.

    Agensi keselamatan berkuasa FSB Rusia berkata kelmarin bahawa agensi tersebut berjaya menyelesaikan jenayah itu, hanya dua hari selepas kejadian letupan tersebut.

    Agensi FSB Rusia menamakan seorang wanita sebagai penyerang Dugina.

    Ia berkata, pelaku telah menyewa sebuah apartmen di bangunan yang sama dengan Dugina dan mengikutnya menaiki kereta.

    ini jelas menunjukkan bahawa Dugina adalah mangsa yang disasarkan. Bagaimanapun, media Rusia melaporkan bahawa Dugin dan anak perempuannya telah membuat perubahan pada saat-saat akhir rancangan, dengan Dugina memandu kereta bapanya. – AFP/AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...