Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Juara bertahan tumbang di Tokyo

    TOKYO, 23 OGOS – Juara bertahan wanita dan pemain pilihan utama, Akane Yamaguchi tersingkir dalam perlawanan pembukaan di Kejohanan Badminton Dunia hari ini, manakala pemain nombor satu, Viktor Axelsen berjaya meneruskan kemaraan.

    Pemain Jepun, Yamaguchi tewas kepada pemain Indonesia, Gregoria Mariksa Tunjang 21-12, 21-15 di hadapan peminat tuan rumah di Tokyo untuk memulakan misi meraih gelaran kedua berturut-turut.

    “Saya tidak merasa gemuruh tetapi kadangkala pemain tewas di pusingan pertama dan kemudian terus tersingkir, jadi saya memberikan tumpuan untuk mendapatkan keputusan,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

    “Saya tidak pernah merasai saya sukar mencari ruang untuk bernafas sehingga menuju penghujung perlawanan kedua. Ia lebih kepada bagaimana menangani lawan berbanding melakukan serangan,” kata Yamaguchi.

    Sementara itu, pemain dari Sepanyol Carolina Marin, yang menyasarkan untuk memenangi gelaran dunia keempat di Tokyo, memulakan kempen dengan baik selepas mencatatkan kemenangan 21-16, 21-14 ke atas pemain Kanada, Wen Yu Zhang.

    Bekas pemain nombor satu dunia, Marin, mengharungi tahun 2021 yang perlu dilupakan selepas terlepas bermain di Sukan Olimpik Tokyo dan kejohanan dunia di Huelva akibat kecederaan.

    Marin kembali beraksi pada April tahun ini tetapi hari ini berkata dia ‘masih belum 100 peratus bersedia’.

    “Inilah keadaan yang saya hadapi ketika ini dan saya perlu bermain dengan keadaan ini,” kata Marin, yang merupakan pemain pilihan kelima kejohanan ini. – AFP

    Aksi Akane Yamaguchi semasa bermain menentang Gregoria Mariksa Tunjang di Kejohanan Badminton Dunia, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...