Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Rebut peluang menangi hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Bahiyah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Progresif Sdn Bhd tidak ketinggalan menawarkan pelbagai promosi dengan pilihan bundle menarik disertai diskaun hebat sepanjang Pesta Pengguna ke-26 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

    Antaranya adalah Refer A Friend, di mana pengunjung berpeluang mendapatkan baucar $20 apabila membawa rakan mereka untuk mendaftar ke Progresif.

    Pengunjung atau pelanggan progresif juga berpeluang menyertai kempen Scratch to Manang yang menawarkan hadiah bernilai sehingga $50,000.

    Antara hadiah menarik pada kempen tersebut ialah sebuah motosikal Vespa, telefon bimbit, baucar membeli-belah dan banyak lagi.

    Untuk kempen berkenaan, orang ramai hanya perlu membuat pembayaran di mana-mana cawangan Progresif atau semasa Pesta Pengguna, membeli mana-mana produk dan mendaftar dengan Progresif.

    Untuk memenangi hadiah-hadiah daripada Progresif, Scratch to Manang akan hanya diadakan pada Ahad. Orang ramai dimestikan untuk memasuki aplikasi CARE dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan atau mengimbas kod QR yang diberikan.

    Selain itu, Progresif juga menawarkan pakej More+ Vivo, khusus semasa pesta lima hari itu.

    Hanya dengan bayaran minimum, pelanggan berpeluang mendapatkan sebuah telefon bimbit Vivo jika mendaftar untuk pakej bundle More Mobile Plan dengan pembayaran pendahuluan yang rendah untuk kontrak 18 bulan.

    Sepanjang acara itu, Progresif juga mengadakan permainan Feel the Speed iaitu simulator kereta yang ditempah khas dari Apexracing.bn.

    Pelanggan atau pengunjung juga berpeluang merasakan perbezaan kelajuan Internet 5G yang digunakan oleh Progresif.

    Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar bergambar ramai semasa acara tersebut.
    Sebuah motosikal Vespa menanti pemenang dalam kempen Scratch to Manang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wakil rakyat India didakwa berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik

    NEW DELHI, 3 MEI - Seorang Ahli Parlimen India yang didakwa melakukan penderaan seksual dan merakam video mangsanya berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik. Prajwal...