Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Sabah rayu Persekutuan usah tangguh projek

    KOTA KINABALU, 18 JULAI – Kerajaan Sabah akan membuat rayuan sekiranya kerajaan Persekutuan mahu menangguh atau tidak meneruskan mana-mana projek belum bermula terutama melibatkan projek pembangunan, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini kerana Sabah pada masa ini memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunkan negeri terutama melibatkan pembangunan infrastruktur awam bagi memberi keselesaan kepada rakyat. Beliau berkata kerajaan Persekutuan ketika ini tidak memaklumkan secara rasmi kepada kerajaan negeri tentang penangguhan atau tidak meneruskan mana-mana projek pembangunan, namun beliau memberi jaminan akan membuat rayuan sedaya upaya bagi memastikan projek itu diteruskan apabila makluman berkenaan diterima.

    “Ini amat penting kerana kita pun selalu nyatakan peruntukan diberikan tidak cukup, kalau tidak cukup tarik atau tangguh balik (peruntukan) ini tidak berapa sesuailah di Sabah…kita akan merayu jika sudah sampai (diberitahu secara rasmi),” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN-Usukan) mengenai laporan mengatakan kerajaan Persekutuan akan menangguhkan mana-mana projek yang belum bermula sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam. – Bernama

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor meneliti buku sesi soal jawab sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ke-16, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...