Friday, September 13, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    São Paulo isytihar darurat susulan kebakaran di Brazil

    RIO DE JANEIRO, 26 OGOS – Kebakaran yang melanda tenggara Brazil mendorong kerajaan negeri São Paulo mengisytiharkan darurat di 45 kawasan perbandaran kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Lebih 15,000 anggota bomba dan sukarelawan, disokong pesawat tentera berusaha memadamkan kebakaran, menurut pihak berkuasa. Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa dua individu ditahan atas tuduhan melakukan pembakaran dengan sengaja.

    Bandar Ribeirão Preto yang terletak kira-kira 300 kilometer di utara São Paulo turut terjejas teruk. Media tempatan melaporkan asap tebal menyelubungi sebahagian besar wilayah itu.

    Data Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan Brazil (INPE) menunjukkan bahawa 3,175 kebakaran direkodkan di São Paulo antara 1 hingga 23 Ogos.

    Agensi berita Agência Brasil melaporkan bahawa angka itu mencatat kes kebakaran tertinggi pada Ogos sejak 1998. Wilayah Amazon Brazil turut mengalami kebakaran hingga menjejaskan kawasan Pantanal dan Cerrado. – Bernama

    Pemandangan dari udara menunjukkan sebuah rumah musnah akibat kebakaran di persekitaran lebuh raya SP-330 di Ribeirao Preto, negeri Sao Paulo, Brazil pada 25 Ogos. Darurat diisytihar di kawasan berkenaan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda