Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sektor penerbangan catat kemajuan baik

    KUALA LUMPUR, 11 DIS – Industri penerbangan Malaysia mencatatkan kemajuan yang baik pada 2022 berikutan pemulihan pascapandemik yang ditunggu-tunggu secara beransur-ansur memperlihatkan kesannya dengan penggiat industri sibuk meningkatkan aktiviti mereka untuk setara dengan paras sebelum pandemik.

    Pembukaan semula sempadan antarabangsa sepenuhnya pada April selepas ditutup selama dua tahun menjadi batu loncatan kepada momentum pertumbuhan yang lebih baik. Kadar vaksinasi yang tinggi dan penurunan jumlah kes COVID baharu menjadi pendorong utama. 

    Momentum itu terus disokong oleh keperluan perjalanan yang dilonggarkan, terutamanya dengan memansuhkan ujian wajib COVID dan penggunaan pelitup muka walaupun sebahagian negara masih melaksanakan langkah ini.

     Malaysia membuka semula sempadannya kepada pengembara yang telah lengkap vaksinasi pada April 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda