Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sidang tergempar PBB disambung Khamis ini

    NEW YORK, 24 OKT – Sidang Tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan konflik Israel-Palestin akan disambung semula pada 26 Oktober, kata Presidennya, Dennis Francis kelmarin.

    Dennis Francis berkata, beliau menerima surat daripada Duta Jordan ke PBB, Mahmoud Hmoud dan Duta Mauritania ke PBB, Sidi Mohamed Laghdaf, atas kapasiti masing-masing sebagai pengerusi Kumpulan Arab dan pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam bertarikh 19 Oktober, meminta agar sesi khas itu disambung semula secepat mungkin.

    Beliau turut menerima surat daripada wakil Nicaragua, Rusia, Syria, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Maldives, Timor-Leste, Vietnam dan Brunei, mengenai perkara yang sama. “Saya akan mengadakan mesyuarat pleno ke-39 Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung pada Khamis, 26 Oktober 2023,” kata Francis. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda