Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Skuad penyu hilang dua tonggak utama

    KUALA NERUS, 23 MEI – Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui persiapan perlawanan Liga Super menentang Penang FC malam esok sedikit terjejas dengan kehilangan dua tonggak utama.

    Menurut pengendali kelahiran Croatia itu, khidmat kapten pasukan, Habib Haroon terpaksa dilupakan setelah beliau digantung perlawanan susulan menerima tiga kad kuning pada perlawanan menentang Sabah FC, manakala Adisak Kraisorn pula dihantui masalah kecederaan belakang.

    Justeru beliau memikirkan untuk membuat rombakan kecil bagi memastikan benteng skuad Penyu tidak dibolosi ketika melayan kunjungan Sang Badak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu nanti.

    Dalam pada itu Steinbruckner mengingatkan pemainnya supaya berwaspada dengan empat pemain Penang FC yang dilihat mampu memberi ancaman kepada pasukan.

    Ia termasuk dua bekas pemain skuad TFC iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat dan dua tonggak import, Soony Saad dan Adriano Narcizo yang perlu dikawal rapi supaya tidak bergerak bebas.

    TFC ketika ini menghuni tangga kelapan Liga Super selepas mengutip 14 mata daripada 11 perlawanan dan diekori rapat Penang FC di kedudukan kesembilan dengan jumlah mata yang sama namun dibezakan dengan hanya satu jaringan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...