Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Madammu dikejarkan ke hospital

    Usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dengan panggilan Madammu yang sedang sarat mengandung berkongsi detik cemas apabila dikejarkan ke hospital pada malam Isnin.

    Madammu yang sedang hamil 36 minggu berkata, dia dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba.

    “Saya darah tinggi, itu yang ke kecemasan. Belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi. Tapi kalau darah tinggi naik lagi kena jalani pembedahan,” katanya kepada mStar.

    Berkongsi mengenai keadaannya ketika ini, Madammu berkata semuanya semakin baik namun masih lagi perlu mendapatkan pantauan rapi.

    Jelasnya, dia tidak mendapat rehat yang cukup sejak akhir-akhir ini membuatkan tekanan darah tingginya naik secara mendadak.

    “Alhamdulillah sekarang darah tinggi dah turun dan perlu dipantau supaya tidak naik lagi.

    “Malam-malam susah tidur dan sekarang saya tengah sibuk penggambaran Diari Madam untuk siaran televisyen hingga tak cukup rehat,” katanya lagi.

    Sebelum ini, Madammu berkongsi dirinya dikejarkan ke hospital selepas menyambut ulang tahun kelahiran anak tirinya, Zahara.

    “Selepas sambut ulang tahun kelahiran Zahara. Madammu terus ke kecemasan. Doakan Madammu guys,” kongsinya. – Agensi

    Madammu (kanan) semasa disahkan hamil. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...