Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    SMARTER terima sumbangan mainan kanak-kanak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Lebih 143 hadiah berupa mainan kanak-kanak telah diserahkan oleh Ricardo’s El Mariachi kepada SMARTER Brunei pada majlis yang berlangsung di restoran berkenaan di Jalan Sungai Tilong, petang tadi.

    Mainan yang diserahkan kepada kanak-kanak SMARTER Brunei tersebut merupakan hasil daripada sumbangan para pelanggan Ricardo’s El Mariachi yang dikumpulkan dari 17 Disember 2022 hingga 23 Januari 2023.

    Bagi pelanggan yang menyumbangkan hadiah berkenaan, mereka diberikan potongan 15 peratus bagi jumlah perbelanjaan mereka semasa menikmati hidangan di restoran tersebut.

    Hadir bagi menyerahkan mainan berkenaan ialah pemilik bersama Ricardo’s, Cef Mari dan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif SMARTER, Sharifah Adila Surya binti Malai Haji Abdullah.

    Ketika berucap pada majlis tersebut, Cef Mari menzahirkan perasaan terujanya dalam menjayakan kegiatan yang penuh berkebajikan tersebut dan pada masa yang sama turut mengucapkan penghargaan kepada penyumbang dan pelanggan mereka yang terlibat bagi menjayakan kempen tersebut.

    Sementara itu, Sharifah Adila Surya dalam ucapan balasnya turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ricardo’s kerana memilih SMARTER Brunei untuk berkolaborasi kali ini bagi memberikan keceriaan khususnya kepada kanak-kanak di SMARTER Brunei.

    Sharifah Adila Surya, Cef Mari dan kanak-kanak dari SMARTER Brunei bergambar ramai semasa majlis penyampaian hadiah berupa mainan kanak-kanak yang berlangsung di Restoran Ricardo’s El Mariachi, kelmarin. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Antara hadiah berupa mainan yang disumbangkan kelmarin.
    Cef Mari semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China lancar misi pertama ambil sampel dari Bulan

    WENCHANG, 3 MEI - China melancarkan misi hari ini untuk mengumpul sampel dari Bulan, yang pertama di dunia ketika Beijing meneruskan program bertujuan untuk...