Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Spesies orkid seperti kaca ditemui di Jepun

    TOKYO, 23 MAC – Spesies orkid baharu dengan bunga halus seperti kaca (gambar-AFP) telah ditemui oleh saintis Jepun, yang mendapati tumbuhan merah jambu dan putih itu tersembunyi daripada pandangan.

    Walaupun kehadirannya di taman dan kebun Jepun, penyelidik di Universiti Kobe mengambil masa sedekad untuk mengesahkan bahawa tumbuhan itu digelar Spiranthes hachijoensis iaitu spesies yang tidak diketahui sebelum ini.

    “Ia merupakan satu kejutan untuk menemui spesies baharu spiranthes, yang sangat biasa dan boleh dilihat di taman, kebun dan di antara tumbuhan pasu,” kata ketua penyelidik, Kenji Suetsugu kepada AFP, hari ini.

    Beberapa sampel itu diambil daripada tanaman pasu dan taman, termasuk yang disimpan di sebuah sekolah menengah di wilayah Gifu tengah Jepun, kata profesor fitologi itu.

    “Daripada bentuknya yang menarik dan kelopak bunganya yang cantik menyerupai kaca, bunga itu telah lama digemari oleh masyarakat,” menurut universiti itu dalam satu kenyataan akhbar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -