Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Tadarus Al-Quran semarak Ramadan

    Oleh Sim Y. H, Ak Zaki Kasharan & Yusrin Junaidi

    TUTONG, 28 MAC – Majlis-majlis keagamaan termasuk bertadarus Al-Quran terus diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini dalam menyemarakkan bulan suci Ramadan.

    Kementerian Kesihatan tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran yang diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah serta penyampaian derma kepada anak yatim di Surau As’Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian derma kepada anak yatim ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, pengarah-pengarah serta pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada tujuh orang anak yatim daripada warga kakitangan Hospital PMMPMHAMB.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menghadiri majlis bertadarus Al-Quran di Surau As’Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, kelmarin.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan derma anak yatim pada majlis berkenaan.

    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo menyampaikan wakaf kepada Awang Abdul Hafiy.

    Antara yang menyertai majlis bertadarus JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam.
    Haji Amirol Hafidzin mengetuai rombongan majlis tadarus jabatan-jabatan kerajaan Daerah Belait di Masjid Zainab Lumut, kelmarin.

    Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya pula membuka tirai majlis tadarus sempena bulan Ramadan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai, Tutong, hari ini.

    Majlis tadarus berkenaan dikelolakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam.

    Hadir selaku ketua rombongan pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Awang Ajman bin Haji Meludin; Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga), Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra dan para pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis juga menyaksikan penyampaian sumbangan wakaf berupa barang keperluan masjid yang disampaikan oleh Dato Seri Paduka Haji Matsatejo kepada Imam Tingkat I, Awang Abdul Hafiy bin Yahya.

    Majlis tadarus bagi JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya itu akan diteruskan pada 30 Mac di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Daerah Belait.

    Manakala itu, petang tadi, Rombongan Tadarus Jabatan-jabatan Kerajaan Daerah Belait
    telah mengadakan majlis tadarus di Masjid Zainab, Lumut dengan diketuai oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

    Majlis Tadarus Al-Quran yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Daerah Belait dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait itu dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Salleh bin Haji Othman selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann selaku Ketua Kampung Bukit Sawat, serta Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...