Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Lebih 50 orang warga Mukim Berakas A menghadiri Taklimat Pemberigaan TID Rollover dan Program Penggantian Mandatori kepada Unified Smart Metering System (USMS) yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Kampung Lambak B, hari ini.
Taklimat disampaikan oleh perwakilan daripada Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Air dan DST Network Sdn Bhd (DSTN) bagi Program Penggantian Mandatori kepada USMS.
Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan yang juga Ketua Kampung Belimbing Zon 2, serta ketua-ketua kampung dan pemangku ketua kampung Mukim Berakas A.
Antara lain tujuan taklimat ini, selain untuk memberi kefahaman dan maklumat lanjut mengenai penggunaan meter baharu USMS tersebut, taklimat juga bertujuan menerangkan cara penjimatan penggunaan bekalan elektrik dan air.
Pada akhir taklimat tersebut, para penduduk Mukim Gadong A berpeluang mengajukan soalan semasa sesi soal jawab.