Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Taklimat beriga NHANSS ke-3

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Sebagai persediaan bagi pelaksanaan Kaji selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANSS) ke-3, taklimat mengenainya telah diadakan di Daerah Temburong yang berlangsung di Dewan Muafakat, Jabatan Daerah Temburong, kelmarin.

    Taklimat yang dihadiri oleh seramai 14 orang yang terdiri daripada para penghulu dan ketua kampung di Daerah Temburong dan pegawai serta kakitangan Kementerian Kesihatan itu telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr Zalena binti Haji Ahmad.

    Kaji selidik berkenaan bertujuan untuk memastikan kelaziman dan trend penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) serta faktor-faktor risikonya dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini khususnya faktor risiko yang berkaitan dengan pemakanan.

    Ia dikendalikan dalam dua fasa dengan fasa pertama akan bermula pada bulan ini hingga Januari 2023 serta akan menumpukan kepada faktor-faktor risiko umum dalam kalangan orang dewasa yang berumur antara 18 hingga 69 tahun.

    Sementara itu, fasa kedua akan dijalankan pada Februari hingga Mei 2023 yang akan menyasarkan isu-isu berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak dan wanita mengandung.

    Bagi kedua-dua fasa berkenaan, penyelidik terlatih akan mengunjungi rumah-rumah yang terpilih di keempat-empat daerah untuk menemu bual ahli keluarga yang terpilih dan menjalankan pemeriksaan tertentu.

    Orang ramai yang terpilih dipohonkan untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan kaji selidik berkenaan dan diharapkan akan dapat membantu Kementerian Kesihatan dalam mencegah kematian pramatang akibat penyakit-penyakit tidak berjangkit.

    Antara penghulu dan ketua kampung yang menghadiri taklimat berkenaan. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...